Ari ni dah 9 Ogos..... Cepatnye masa berlalu.... Masuk ari ni dah 4 ari umi bercuti.... sebab sekolah diperintahkan tutup kerana wabak jangkitan H1N1 atau selsema babi yg sedang menular sekarang... Tanda2 atau simptom wabak ni mcm demam, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan, sesak nafas..... Bila difikir2kan, umi rasa wabak ni lebih merbahaya dari HIV, denggi, chikugunya dan penyakit2 yg kronik.... sebab wabak ni boleh berjangkit pada org lain dalam masa yg singkat..... dan boleh membawa maut....
Tambah2 lg dlm keadaan umi skrg, ibu2 yg hamil juga lebih mudah dijangkiti.... takut bila dengar... oleh itu, umi ambil langkah berjaga2, basuh tangan dengan bersih, memakai penutup mulut dan just dok kat umah je sepanjang cuti ni..... bila nk kuar je, dengan keadaan yg berjerebu lagi menambahkan sesak nafas....
Mungkin ini adalah ujian dari Allah, maka kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa insaf, mengingatiNya selalu, memohon keampunan...